Friday, June 15, 2012

Safar Ke Makkah Al-Mukarramah



"PADA KAABAH ITU ADA 120 RAHMAT KEPADA PENGUNJUNGNYA PADA SETIAP HARI, IAITU 60 UNTUK TAWAF, 40 UNTUK SOLAT SUNAT DAN 20 UNTUK MELIHAT KAABAH"

Foto di atas adalah di kawasan bukit berbatu.

Begitulah keadaan nya di sepanjang perjalanan dari Madinah Al-Munawwarah ke Makkah Al-Mukarramah. Sesekali terlihat unta-unta liar di padang pasir yang luas terbentang. Dengan tenang memamah dedaun yang hampir kekuningan.

Sesekali kelihatan pusaran angin terbentuk di tengah padang pasir. Membentuk fatamorgana yang indah di pasiran. Subhanallah !

Namun hati masih di palit kerinduan pada Masjid Nabawi. Rindu yang mendalam. Rindu yang tidak berbelah bahagi.

Panas matahari menembusi kulit. 48 darjah celcius. Sesekali mendongak ke langit yang biru tanpa awan. Lantas matahari petang tidak kelihatan redup sebagaimana di Malaysia. Sukar untuk menentukan sudah ghurub kah ?

Terimbas sirah an-nabawiyyah. Di laluan ini juga lah, satu ketika dulu pernah di lalui oleh manusia agung kekasih Allah. Namun, perjalanan baginda di payungi awan melindungi terik matahari. Bagaimanakah perjalanan Baginda Rasulallah s.a.w ? Yang pasti penuh rahmat Ilahi.

Menurut mutawwif, ini adalah laluan perjalanan yang pernah di tempuhi oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Lantas berbicara di dalam hati; Wahai bukit batu dan pasir sekalian.. engkau menjadi saksi perjalanan hijrah seorang nabi akhir zaman dari Mekah ke Madinah. Beruntung lah engkau kerana pernah menatapi wajah kekasih Allah itu.

Sebagaimana perjalanan Nabi Muhammad s.a.w dahulu, kami kini menjejaki sunnah mu Ya RasulAllah.

Wadi Kudait menanti di hadapan. Di situ lah baginda pernah berhenti berehat.

Assalamualaika Ya RasulAllah ! Kami memohon syafaat mu.

Labbaikallahummalabaik ! Kaabah melambai kami di hadapan.

No comments:

Post a Comment