Friday, June 29, 2012

Bingkisan Rindu Di Angin Lalu

Masjid Nabawi yang amat mendamaikan.


Di saat kaki kanan melangkah masuk, ketenangan luar biasa itu di anugerahkan oleh Ilahi. Indah nya Masjid Nabawi.

Tiada gambar saya di dalam Masjid Nabawi, kerana An-Nisa melalui pemeriksaan ketat di setiap pintu masuk. Tidak di benarkan membawa sebarang gajet terutamanya telefon pintar dan kamera di sini. Khabar nya ada kawan-kawan yang telefon nya di rampas. Jadi, tak perlu mengambil risiko itu. Marker pen pun kena buang. Setelah di amati, rupa nya ada jemaah wanita yang menconteng dinding masjid ! Kalau lah RasulAllah masih hidup, sudah pasti Baginda bersedih. Sedang kan semasa hayat nya Baginda, Baginda sangat bersedih bila terdapat kesan air ludah di dinding. Lantas, di cuci oleh seorang wanita yang mulia, di letakkan minyak wangi, lalu Baginda tersenyum gembira !

Saya cuba mencari-cari, di manakah lokasi nya Pokok Tamar menangis kerana rindu kan jasad Baginda apabila Baginda menaiki mimbar yang baru dalam menyampaikan khutbah. Tidak jumpa. Malah tidak dapat menganggar di mana lokasi nya. Pokok kurma yang di peluk oleh Banginda Nabi Muhammad s.a.w dan hanya berhenti menangis bila di janjikan untuk tumbuh di Syurga kelak. Sungguh Pokok Tamar itu juga merindui RasulAllah ! Kenapa tidak kita, umat nya yang di kasihi ini ? Umat yang di rindui Baginda. Alangkah beruntung nya kita, Baginda merindui dan mengasihi kita, walau pun seringkali kita terlupa pada Baginda. Salam cinta dan kasih sayang Baginda telah di hulurkan sejak 1400 tahun yang lalu. Mengapa Salam Cinta itu tidak bersambut ?

Assalamualaika Ya RasulAllah ! Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w.

Dua pintu yang selalu menjadi pilihan saya dan teman sebilik adalah Bab Usman b. Affan dan Bab Umar Al-Khattab. Satu pagi, seawal 10 pagi saya sudah berada di Masjid. Duduk di sana, membaca al-quran. Matahari melimpahkan sinar kasih penuh kelembutan, tidak panas dan tidak sejuk. Seiring waktu berlalu, sedang asyik membaca al-quran, tiba-tiba suasana seakan beransur ansur redup.

Agak kehairanan. Lantas mendongak ke atas. Bumbung itu sedang bergerak. Mungkin sudah semakin panas, ianya di tutup. Bertambah tenang sekali. Meneruskan pembacaan. Di selangkan selikan dengan ibadah sunat yang lain.

Indah nya waktu bersama Mu Ya RasulAllah ! Semoga kita semua benar-benar mengasihi Nabi dengan sebenar-sebenarnya. Bukan sekadar mengasihi jasad Baginda sebagaimana bapa saudara nya, Abu Talib !

Cinta yang akan memberi syafaat, inshaAllah, ameen ya rabb !

No comments:

Post a Comment