Wednesday, June 27, 2012

Musafir Yang Bakal Di Jemput Pulang

Gambar di ambil dari kawasan tawaf di tingkat 2. Kelihatan Menara Jam dan sebahagian Kaabah bersama lautan Jemaah Umrah dari segenap pelusuk dunia.

Cantik Menara Jam ini kan ?

Khabarnya jurutera dari Malaysia juga menyumbangkan tenaga dalam usaha merealisasikan jam gergasi ini. Bukan Malaysia sahaja, bahkan semua yang terlibat dalam menjayakan nya.

Hotel tempat kami tinggal (Nesma Mawaddah) selama di Makkah ini terletak di Ajyad. Kawasan berbukit. Kira-kira 680 meter dari Masjid. Pergi-balik untuk setiap kali sesi solat fardhu, jarak nya menjadi 1km lebih !

Ketika kami mengerjakan umrah ini, terdapat banyak hotel yang sedang di roboh kan, selaras dengan perancangan pembesaran kawasan masjid yang di jangka siap dalam masa 2 tahun lagi. Ini bermakna juga, sekiranya kami di rezeki kan untuk menunaikan Haji selepas tempoh 2 tahun atau lebih, Masjidil Haram akan berubah wajah lagi.

Lantas kami berfikir-fikir. Begini banyak hotel sedang di robohkan. Sudah pasti nya tidak sempat untuk menyiapkan hotel baru menjelang musim haji 1433H yang sudah semakin hampir. Adakah quota haji akan berkurangan tahun ini ?

Turun dari Hotel, wajib melalui cerun yang agak curam. Agak sukar bagi golongan warga emas, namun kebanyakan warga emas yang hadir sebagai tetamu Allah di sini, di temani anak-anak yang soleh, yang sentiasa memastikan kebajikan ibu-bapa mereka terbela dan berada di dalam keadaan yang cukup selesa buat ibu-bapa mereka beribadat. Anak-anak yang soleh ini dengan setia menolak kerusi roda untuk ibu/bapa mereka, meskipun terkadang kelihatan ada air mata yang bergenang, di kelopak mata mereka. Mungkin mereka letih. Wahai anak yang soleh, Allah akan membalas jasamu pada ibu-bapa mu. Bagi kami, kami akan membantu dengan menarik kerusi roda itu ketika mereka mahu keluar dari masjid. Agar kurang beban yang di tanggung. Sesekali , kaki kerusi roda tersangkut di m.s steel grating, di sepanjang laluan dari hotel ke masjid. Pasti ada yang bermurah hati membantu melepaskan cengkaman kerusi roda di m.s grating itu. Wallahi ! Malaikat sedang menghitung amalan kebajikan mu kepada ibu-bapa mu wahai anak !

Di sebab kan hotel kami jauh, maka kami perlu peka  dapat turun awal ke masjid, bagi mendapatkan saf hadapan sekaligus mengelakkan kesesakan di pintu masuk King Abd Aziz. Biasa nya, bila sesak di pintu masuk utama, kami akan masuk melalui Pintu Bilal atau pun Pintu Hunain atau pun Pintu Ismail. Banyak pintu di sini, sebagaimana sentiasa terbukanya pintu taubat dari Maha Pencipta.
"Ramai sungguh la umrah kali ni. Sama dengan musim haji pakcik yang dulu"
kata seorang pesara guru dari Kelantan. Berbicara dengan ku semasa waktu makan malam di hotel.
"Pakcik tak larat la , ikut hati nak tawaf sama-sama di dataran. Pakcik dah uzur, tak larat nak berempuh sama. Pakcik tawaf di tingkat 1. Ada buggy boleh sewa, pakcik bayar 50 Riyal untuk sekali tawaf dan saie. Anak muda lagi, pergi le ke bawah tu. Masuk Hijir Ismail, pergi berdoa di Multazam, cuba kucup Hajarul Aswad, solat di Maqam Ibrahim. Usaha !" pakcik pesara guru tadi  terus ramah memberi kata-kata semangat.
"InshaAllah, pakcik" saya senyum dan terus menyambung makan. Lapar tu, kena pulak lauk gulai ikan lemak cili api...Alhamdulillah, Ya Allah, jadikan lah kami manusia yang bersyukur, merasa cukup dengan yang sedikit, merasa syukur dengan yang banyak, ameen.

Mungkin kerana Rejab itu bulan Allah. Tak lama lagi Isra' Mikraj. 27 Rejab menghampiri. Mungkin ini adalah salah satu sebab mengapa umrah kali ini sangat ramai jumlah nya.Allah mengundang ramai tetamu Nya. Isra' Mikraj di mana di perjalankan Nabi Muhammad s.a.w dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa dan terus ke Sidratul Muntaha. Menjadi penghibur di saat Nabi Muhammad s.a.w sedang mengalami tahun dukacita. Kehilangan isteri yang di kasihi, Ummul Mukminin Saidatina Khadijah, dan bapa saudara nya yang sangat mengasihinya.

Lantas di hiburkan oleh Allah s.w.t lantas di hadiahi solat dalam perjalanan malam bersama Buraq itu. Buraq yang hebat, dengan izin Allah s.w.t. Teknologi Allah yang Maha Hebat tidak tertanding hebat nya. Dari Malaysia ke Jeddah, kita masih perlu 8 jam menaiki Kapal Terbang ? Berani kah kita melawan suruhan Allah s.w.t ?


Jenazah menanti untuk di solatkan. Sesungguhnya mati itu bukan satu pengakhiran. Malah meneruskan perjalanan berikutnya sebagaimana di janji kan. Semoga Khusnul Khatimah pengakhiran kita, inshaAllah, ameen.

Satu Perkongsian dan Peringatan buat kami dan semua yang membaca;
Ya Allah, sesungguhnya kami telah menzalimi diri kami sendiri ! Ampuni lah kami Ya Allah...
Seringkali saat bergegas ke masjid, kami akan terserempak dengan van yang membawa jenazah untuk di solatkan setiap kali selepas solat fardhu. Malah ada kala nya, kami berjalan beriringan dengan jenazah itu. Rasa nya sepanjang di Baitullah, cuma ada sekali waktu solat fardhu di mana tiada jenazah untuk di solatkan.

Sesungguh nya dari Allah kita datang dan kepada Allah jua kita akan kembali. Semoga Allah menerima taubat kami ini, ameen.

 
Harus di ingat kita hanya musafir
Yang di datangkan hanya sementara
Menghunikan alam
Dan kita akan di jemput untuk pulang

-- Shaari Amri - Ukays - Kita Akan Di Jemput Pulang--

No comments:

Post a Comment