Friday, June 22, 2012

Kegilaanku : Kitab dan Minyak Wangi

Ada sesuatu yang amat menarik perhatian kami sepanjang berada di Makkah dan Madinah.

Dari kedai-kedai biasa hingga ke Super Market hebat di As-Safwah, tiada jurujual wanita yang kami jumpa. Semua lelaki. Dari Penyambut Tetamu di semua tempat yang kami singgahi, hingga ke penyedia makanan katering di hotel, hingga ke bahagian dobi. Tiada pekerja wanita yang kami temui.

Kecuali peniaga-peniaga yang mungkin 'haram' (kami agak mereka adalah peniaga haram kerana sering melihat Penguatkuasa menghambat mereka-mereka ini dari berjualan di Perkarangan Masjid Nabawi dan di sepanjang jalan balik ke hotel semasa di Baitullah). Di sini ada peniaga wanita menjual selipar dan tudung. Sudah pasti mereka bukan orang tempatan kerana mereka berkulit gelap.

Yang lain semua lelaki. Sehingga saya rasa agak kekok, sementelahan perangai saya yang agak sukar untuk berinteraksi dengan Ar-Rijal. Namun, bila ada suami di sisi, semuanya beres ! Alhamdulillah !

Sesungguhnya yang keluar mencari nafkah di Tanah Haram ini hanya lah Ar-Rijal. Golongan An-Nisa hanya duduk di rumah, tanpa perlu keluar bekerja. Bukan kah begitu selayak nya ?

Di bawah Hotel Durrat Al-Fayrooz di Madinah, ketika menanti bas untuk ziarah luar, terdapat kedai-kedai yang menjual kitab-kitab dan buku-buku karya ulung para ilmuwan Islam terbilang dahulu dan kontemporari seperti Ihya Ulumiddin dan Riyadh As-Solihin dan banyak lagi. Harga nya pula sangat jauh lebih murah berbanding di harga Malaysia.

Saya kalau dah jumpa kitab/buku apa pun tak ingat dah. Sempat juga sambar satu buku. Geram nya tengok buku-buku dan kitab-kitab itu semua !

Sementara saya membelek buku/kitab, suami saya melayan pekedai Arab di bawah ini dengan sabar. Sangat mesra alam. Sampai di peluk-peluk nya suami saya. Sampai suami saya mengelak-elak. Sambil belek kitab, tergelak-gelak saya di buatnya.


Tergelak-gelak saya semasa ambil gambar ini.. tengok mereka tu :)

Bimbang bas terlepas, saya segera memuktamadkan keputusan, kitab mana yang mahu di beli dan sudah nya saya membeli 10 botol minyak wangi berharga Khamsa Riyal setiap satu. Sebelum kami melangkah keluar dari kedai tu, pekedai arab itu memanggil lagi agar gambar nya di ambil sekali lagi, berseorangan. Kami ambil juga gambar nya, sambil tergelak-gelak menaiki bas mengenangkan tingkah laku pekedai itu. Siapa nama nya ye ? Kami dah lupa.


Sampai di Malaysia, kawan-kawan tanya, 'Buat ape kau ambil gambar pak arab ni ? Nak buat menantu ?' Lantas kami ketawa lagi.
 

Terkenang akan karektor dan ketrampilan Nabi Muhammad s.a.w 'Al-Amin'. Bagaimanakah agaknya Rasulallah berniaga ketika membawa barang dagangan hartawan Khadijah binti Khuwaileed r.a ?

Tingkah laku dan peribadi Rasulallah yang amat berbudi pekerti itu bukan sahaja menyebabkan barang dagangan nya laris, malah memikat hati Khadijah r.a Ummul-Mukminin untuk menjadikan baginda suami nya, menerusi perantaraan Nafeesa. Mungkin ini yang cuba di terapkan dalam etika ketika berniaga oleh mereka di sana.

Ummul Mukminin yang kami sayangi tenang bersemadi di kawasan perkuburan Ma'la. Kepada nya kasih Rasulallah tiada tara nya, sehinggakan Saidatina Aishah r.a berasa sangat cemburu pada nya kerana sering di sebut dan di ingati meskipun jasad nya sudah lama bersemadi ketika itu.

Sesungguh nya berniaga itu sunnah Nabi !

Selawat dan salam ke atas junjungan mulia, Nabi Muhammad s.a.w.

Sesungguhnya ketenangan dan kedamaian di sini, amat kami rindui.

No comments:

Post a Comment