Friday, June 29, 2012

Bingkisan Rindu Di Angin Lalu

Masjid Nabawi yang amat mendamaikan.


Di saat kaki kanan melangkah masuk, ketenangan luar biasa itu di anugerahkan oleh Ilahi. Indah nya Masjid Nabawi.

Tiada gambar saya di dalam Masjid Nabawi, kerana An-Nisa melalui pemeriksaan ketat di setiap pintu masuk. Tidak di benarkan membawa sebarang gajet terutamanya telefon pintar dan kamera di sini. Khabar nya ada kawan-kawan yang telefon nya di rampas. Jadi, tak perlu mengambil risiko itu. Marker pen pun kena buang. Setelah di amati, rupa nya ada jemaah wanita yang menconteng dinding masjid ! Kalau lah RasulAllah masih hidup, sudah pasti Baginda bersedih. Sedang kan semasa hayat nya Baginda, Baginda sangat bersedih bila terdapat kesan air ludah di dinding. Lantas, di cuci oleh seorang wanita yang mulia, di letakkan minyak wangi, lalu Baginda tersenyum gembira !

Saya cuba mencari-cari, di manakah lokasi nya Pokok Tamar menangis kerana rindu kan jasad Baginda apabila Baginda menaiki mimbar yang baru dalam menyampaikan khutbah. Tidak jumpa. Malah tidak dapat menganggar di mana lokasi nya. Pokok kurma yang di peluk oleh Banginda Nabi Muhammad s.a.w dan hanya berhenti menangis bila di janjikan untuk tumbuh di Syurga kelak. Sungguh Pokok Tamar itu juga merindui RasulAllah ! Kenapa tidak kita, umat nya yang di kasihi ini ? Umat yang di rindui Baginda. Alangkah beruntung nya kita, Baginda merindui dan mengasihi kita, walau pun seringkali kita terlupa pada Baginda. Salam cinta dan kasih sayang Baginda telah di hulurkan sejak 1400 tahun yang lalu. Mengapa Salam Cinta itu tidak bersambut ?

Assalamualaika Ya RasulAllah ! Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w.

Dua pintu yang selalu menjadi pilihan saya dan teman sebilik adalah Bab Usman b. Affan dan Bab Umar Al-Khattab. Satu pagi, seawal 10 pagi saya sudah berada di Masjid. Duduk di sana, membaca al-quran. Matahari melimpahkan sinar kasih penuh kelembutan, tidak panas dan tidak sejuk. Seiring waktu berlalu, sedang asyik membaca al-quran, tiba-tiba suasana seakan beransur ansur redup.

Agak kehairanan. Lantas mendongak ke atas. Bumbung itu sedang bergerak. Mungkin sudah semakin panas, ianya di tutup. Bertambah tenang sekali. Meneruskan pembacaan. Di selangkan selikan dengan ibadah sunat yang lain.

Indah nya waktu bersama Mu Ya RasulAllah ! Semoga kita semua benar-benar mengasihi Nabi dengan sebenar-sebenarnya. Bukan sekadar mengasihi jasad Baginda sebagaimana bapa saudara nya, Abu Talib !

Cinta yang akan memberi syafaat, inshaAllah, ameen ya rabb !

Wednesday, June 27, 2012

Musafir Yang Bakal Di Jemput Pulang

Gambar di ambil dari kawasan tawaf di tingkat 2. Kelihatan Menara Jam dan sebahagian Kaabah bersama lautan Jemaah Umrah dari segenap pelusuk dunia.

Cantik Menara Jam ini kan ?

Khabarnya jurutera dari Malaysia juga menyumbangkan tenaga dalam usaha merealisasikan jam gergasi ini. Bukan Malaysia sahaja, bahkan semua yang terlibat dalam menjayakan nya.

Hotel tempat kami tinggal (Nesma Mawaddah) selama di Makkah ini terletak di Ajyad. Kawasan berbukit. Kira-kira 680 meter dari Masjid. Pergi-balik untuk setiap kali sesi solat fardhu, jarak nya menjadi 1km lebih !

Ketika kami mengerjakan umrah ini, terdapat banyak hotel yang sedang di roboh kan, selaras dengan perancangan pembesaran kawasan masjid yang di jangka siap dalam masa 2 tahun lagi. Ini bermakna juga, sekiranya kami di rezeki kan untuk menunaikan Haji selepas tempoh 2 tahun atau lebih, Masjidil Haram akan berubah wajah lagi.

Lantas kami berfikir-fikir. Begini banyak hotel sedang di robohkan. Sudah pasti nya tidak sempat untuk menyiapkan hotel baru menjelang musim haji 1433H yang sudah semakin hampir. Adakah quota haji akan berkurangan tahun ini ?

Turun dari Hotel, wajib melalui cerun yang agak curam. Agak sukar bagi golongan warga emas, namun kebanyakan warga emas yang hadir sebagai tetamu Allah di sini, di temani anak-anak yang soleh, yang sentiasa memastikan kebajikan ibu-bapa mereka terbela dan berada di dalam keadaan yang cukup selesa buat ibu-bapa mereka beribadat. Anak-anak yang soleh ini dengan setia menolak kerusi roda untuk ibu/bapa mereka, meskipun terkadang kelihatan ada air mata yang bergenang, di kelopak mata mereka. Mungkin mereka letih. Wahai anak yang soleh, Allah akan membalas jasamu pada ibu-bapa mu. Bagi kami, kami akan membantu dengan menarik kerusi roda itu ketika mereka mahu keluar dari masjid. Agar kurang beban yang di tanggung. Sesekali , kaki kerusi roda tersangkut di m.s steel grating, di sepanjang laluan dari hotel ke masjid. Pasti ada yang bermurah hati membantu melepaskan cengkaman kerusi roda di m.s grating itu. Wallahi ! Malaikat sedang menghitung amalan kebajikan mu kepada ibu-bapa mu wahai anak !

Di sebab kan hotel kami jauh, maka kami perlu peka  dapat turun awal ke masjid, bagi mendapatkan saf hadapan sekaligus mengelakkan kesesakan di pintu masuk King Abd Aziz. Biasa nya, bila sesak di pintu masuk utama, kami akan masuk melalui Pintu Bilal atau pun Pintu Hunain atau pun Pintu Ismail. Banyak pintu di sini, sebagaimana sentiasa terbukanya pintu taubat dari Maha Pencipta.
"Ramai sungguh la umrah kali ni. Sama dengan musim haji pakcik yang dulu"
kata seorang pesara guru dari Kelantan. Berbicara dengan ku semasa waktu makan malam di hotel.
"Pakcik tak larat la , ikut hati nak tawaf sama-sama di dataran. Pakcik dah uzur, tak larat nak berempuh sama. Pakcik tawaf di tingkat 1. Ada buggy boleh sewa, pakcik bayar 50 Riyal untuk sekali tawaf dan saie. Anak muda lagi, pergi le ke bawah tu. Masuk Hijir Ismail, pergi berdoa di Multazam, cuba kucup Hajarul Aswad, solat di Maqam Ibrahim. Usaha !" pakcik pesara guru tadi  terus ramah memberi kata-kata semangat.
"InshaAllah, pakcik" saya senyum dan terus menyambung makan. Lapar tu, kena pulak lauk gulai ikan lemak cili api...Alhamdulillah, Ya Allah, jadikan lah kami manusia yang bersyukur, merasa cukup dengan yang sedikit, merasa syukur dengan yang banyak, ameen.

Mungkin kerana Rejab itu bulan Allah. Tak lama lagi Isra' Mikraj. 27 Rejab menghampiri. Mungkin ini adalah salah satu sebab mengapa umrah kali ini sangat ramai jumlah nya.Allah mengundang ramai tetamu Nya. Isra' Mikraj di mana di perjalankan Nabi Muhammad s.a.w dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa dan terus ke Sidratul Muntaha. Menjadi penghibur di saat Nabi Muhammad s.a.w sedang mengalami tahun dukacita. Kehilangan isteri yang di kasihi, Ummul Mukminin Saidatina Khadijah, dan bapa saudara nya yang sangat mengasihinya.

Lantas di hiburkan oleh Allah s.w.t lantas di hadiahi solat dalam perjalanan malam bersama Buraq itu. Buraq yang hebat, dengan izin Allah s.w.t. Teknologi Allah yang Maha Hebat tidak tertanding hebat nya. Dari Malaysia ke Jeddah, kita masih perlu 8 jam menaiki Kapal Terbang ? Berani kah kita melawan suruhan Allah s.w.t ?


Jenazah menanti untuk di solatkan. Sesungguhnya mati itu bukan satu pengakhiran. Malah meneruskan perjalanan berikutnya sebagaimana di janji kan. Semoga Khusnul Khatimah pengakhiran kita, inshaAllah, ameen.

Satu Perkongsian dan Peringatan buat kami dan semua yang membaca;
Ya Allah, sesungguhnya kami telah menzalimi diri kami sendiri ! Ampuni lah kami Ya Allah...
Seringkali saat bergegas ke masjid, kami akan terserempak dengan van yang membawa jenazah untuk di solatkan setiap kali selepas solat fardhu. Malah ada kala nya, kami berjalan beriringan dengan jenazah itu. Rasa nya sepanjang di Baitullah, cuma ada sekali waktu solat fardhu di mana tiada jenazah untuk di solatkan.

Sesungguh nya dari Allah kita datang dan kepada Allah jua kita akan kembali. Semoga Allah menerima taubat kami ini, ameen.

 
Harus di ingat kita hanya musafir
Yang di datangkan hanya sementara
Menghunikan alam
Dan kita akan di jemput untuk pulang

-- Shaari Amri - Ukays - Kita Akan Di Jemput Pulang--

Tuesday, June 26, 2012

Hari ke Enam: Gua Hira' di Jabal Nur

" Bacalah dengan (menyebut) nama Rabb mu Yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Rabbmu-lah Yang Paling Pemurah. Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan qolam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya."
Surah Al-Alaq: 1-5


Jadual hari ke enam agak padat. Usai Isya' dari Masjidil Haram dan seterusnya makan malam di hotel,kami berhimpun di Lobi untuk Ziarah Pilihan, mendaki Jabal Nur untuk melihat Gua Hira'. Berketinggian 2500 kaki, sekitar (+/-)800 meter tinggi.

Alhamdulillah, di izinkan Allah dengan di kurniakan nikmat kesihatan mental dan fizikal  di Malaysia lagi. Bagi aku, kali terakhir mendaki puncak yang di tawan adalah Gunung Angsi di Negeri Sembilan berketinggian lebih kurang sama dengan Jabal Nur ini.

Semoga aku dan suami juga jemaah yang lain bakal tiba di puncak Jabal Nur dengan selamat, ameen.

Di kaki bukit Jabal Nur. Ianya adalah kawasan penempatan orang Arab. Namun terdapat kedai di sini. Mendengar taklimat dari mutawwif sebelum mula mendaki.
Menurut mutawwif, 45 minit paling cepat boleh sampai ke puncak Jabal Nur. Untuk turun 2 saat pun boleh sampai bawah. Macamana ? Terjun ! Kata Ustaz Husin, Mutawwif kami... Oh Tidak !

Sesungguhnya, tiada sebarang kelebihan yang tertentu untuk mendaki Jabal Nur ini, melainkan melihat tempat di mana wahyu pertama di turunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Ketika itu baginda berusia lingkungan 40 tahun, dimana ketika itu Baginda ber-uzlah dan peristiwa terjadi di dalam bulan Ramadhan (Sesetengah menyatakan pada hari Isnin, tanggal 21 Ramadhan).

Dalam hati berdoa, Rabbi Yassir Wala Tu'assir !

Kadang-kadang terlintas di fikiran, kenapa aku dan suami mahu mendaki Gua Hira' ni ?

Kalau di hitung-hitung masa sekitar 3 jam yang di luangkan untuk mendaki Jabal Nur ini, boleh di isi dengan pelbagai ibadah lain di Masjidil Haram. Kalau di hitung menggunakan kalkulator tamak pahala, sekali solat dapat 100,000 pahala. Sekali tawaf sunat, pahala menyamai 1 umrah, qiamulail dan iktikaf menjanjikan pahala yang berlipat kali ganda !

Jadi, kenapa masih mahu mendaki Jabal Nur ?

Berehat seketika menghilangkan lelah. Di kejauhan sana, kelihatan Tower Clock yang terletak behadapan dengan Pintu King Abdul Aziz, dan cahaya yang terang di bawah nya itu lah Masjidil Haram. Ianya kelihatan jelas meskipun semua sedia maklum, Masjidil Haram terletak di kawasan lembah yang paling rendah ! Maha Suci Allah yang menjadikan tiap-tiap sesuatu. Betapa makmurnya Makkah, berbanding di saat Nabi Ibrahim meninggalkan anak nya yang tersayang Nabi Ismail juga isterinya yang tercinta Siti Hajar, yang mana tatkala itu hanya padang pasir dan bukit batu yang menemani mereka berdua.  

Berbekal kan sebotol air zam-zam, pendakian di mulakan. Turut mendaki bersama kami adalah jemaah dari Turki dan Iran. Tiada lampu di sini. Namun, perjalanan menerusi anak tangga yang di bina oleh orang Turki memudahkan perjalanan kami, walau pun ada ketika nya kecondongan cerun menghampiri 90 darjah !

Terima kasih dengan adanya handrailing yang banyak membantu. Semoga orang yang membina denai perjalanan ini beroleh barokah dan rahmat Allah s.w.t, ameen.

Pertengahan bulan Rejab menyaksikan bulan penuh membiaskan cahaya nya ke atas Jabal Nur yang seolah-olah turut bercahaya ini. Subhanallah ! Dari kaki bukit, suasana perkampungan arab, sampai ke kawasan gunung seterusnya ketika mendaki, lafaz zikrullah, tasbih, tahlil dan tahmid menjadi teman.

Ketika keletihan, berhenti seketika hingga ada kalanya kami mendaki sehingga hampir merangkak dengan menyentuh setiap batu yang ada di situ. Mungkin Rasulallah juga pernah menyentuh batu yang sama ini. Semoga kami beroleh keberkatan nya lantas mengimani dengan sesungguh-sungguhnya Rukun Iman dan Rukun Islam !

Inilah jawapan, kenapa mahu mendaki Jabal Nur.

Berlumba bersama Saidatina Khadijah, menguatkan keazaman untuk tiba di Gua Hira'. Kelihatan Jemaah lain di belakang.

Dalam perjalanan menuju puncak, selepas beberapa kali berhenti di setiap kawasan wakaf yang di sediakan, akhirnya kami tiba di  puncak ! Alhamdulillah. Rupanya masih ramai yang belum sampai. Untuk sampai ke Gua Hira, kami kena menuruni bukit sedikit. Gua Hira' itu bukan di puncak bukit rupanya ! Di puncak bukit hanya terdapat peniaga arab menjual air dan cenderamata.

Terbayang bagaimana Ummul Mukminin, Saidatina Khadijah binti Khuwaileed dengan penuh kasih meniti perjalanan ke puncak Jabal Nur ketika menghantar bekalan makanan buat suami nya yang tercinta, RasulAllah s.a.w.

Bukan kah pada saat turun wahyu pertama Baginda Rasul berusia sekitar 40 tahun. Dan bukan kah ini bererti Ummul Mukminin, Saidatina Khadijah berusia sekitar 55 tahun ?

Maha Suci Allah, maka di malam pertengahan Rejab 1433H ini, aku berlumba di denai perjalanan Ummul Mukminin. Semoga aku mencontohi Saidatina Khadijah dalam menyantuni suami ku, inshaAllah, ameen !

Biar lah aku yang berada di dalam doa suami ku, "Rabbana Hablana Min Azwajina, Wa zurriyyatina, qurrata a'yun"

Memori di Jabal Nur.


Di sana, kami membayangkan. Dimana agak nya nabi duduk dan tidur ? Di mana kah tempat nya di saat Jibril memeluk Nabi seraya berkata 'Iqra'. Hanya tasbih, tahlil dan tahmid yang menggambarkan kesyukuran kami di saat itu.

Lantas kami segera turun, kerana di bayangi Jemaah dari Turki dan Iran yang berbadan besar dan bakal tiba. Cukup menggusarkan. Bagi mengelakkan kesesakan di Puncak Jabal Nur kami segera beransur turun. Tambahan pula kami mahu tiba di hotel sebelum 2 pagi, untuk melelapkan mata seketika, sebelum kembali untuk beribadat di Masjidil Haram pagi itu.

Ketika turun, terbayang bagaimana keadaan Nabi yang sedang di dalam ketakutan berlarian turun lantas mendapatkan Saidatina Khadijah seraya berkata 'Selimuti aku ! Selimuti aku !' Lantas, Saidatina Khadijah mententeramkan Baginda.

Kami tiba di hotel sekitar jam 1.30 pagi. Sahabat lain sedang lena di buai mimpi. Penggera di telefon bimbit di set pada pukul 2.30 pagi. Kerana seboleh nya, kami mahu berada di dalam Masjid sebelum azan subuh pertama berkumandang !

Nampak seolah-olah terlalu gila beribadat. Namun begitu lah rutin nya sepanjang kami di Tanah Haram ini. Purata jam waktu tidur malam kami hanya lah sekitar 2 jam setiap malam. Bukan kami saja, begitu juga lah keadaan nya Jemaah yang lain itu ! Ajaib nya Mekah, kami tidak pernah rasa lelah !

Friday, June 22, 2012

Kegilaanku : Kitab dan Minyak Wangi

Ada sesuatu yang amat menarik perhatian kami sepanjang berada di Makkah dan Madinah.

Dari kedai-kedai biasa hingga ke Super Market hebat di As-Safwah, tiada jurujual wanita yang kami jumpa. Semua lelaki. Dari Penyambut Tetamu di semua tempat yang kami singgahi, hingga ke penyedia makanan katering di hotel, hingga ke bahagian dobi. Tiada pekerja wanita yang kami temui.

Kecuali peniaga-peniaga yang mungkin 'haram' (kami agak mereka adalah peniaga haram kerana sering melihat Penguatkuasa menghambat mereka-mereka ini dari berjualan di Perkarangan Masjid Nabawi dan di sepanjang jalan balik ke hotel semasa di Baitullah). Di sini ada peniaga wanita menjual selipar dan tudung. Sudah pasti mereka bukan orang tempatan kerana mereka berkulit gelap.

Yang lain semua lelaki. Sehingga saya rasa agak kekok, sementelahan perangai saya yang agak sukar untuk berinteraksi dengan Ar-Rijal. Namun, bila ada suami di sisi, semuanya beres ! Alhamdulillah !

Sesungguhnya yang keluar mencari nafkah di Tanah Haram ini hanya lah Ar-Rijal. Golongan An-Nisa hanya duduk di rumah, tanpa perlu keluar bekerja. Bukan kah begitu selayak nya ?

Di bawah Hotel Durrat Al-Fayrooz di Madinah, ketika menanti bas untuk ziarah luar, terdapat kedai-kedai yang menjual kitab-kitab dan buku-buku karya ulung para ilmuwan Islam terbilang dahulu dan kontemporari seperti Ihya Ulumiddin dan Riyadh As-Solihin dan banyak lagi. Harga nya pula sangat jauh lebih murah berbanding di harga Malaysia.

Saya kalau dah jumpa kitab/buku apa pun tak ingat dah. Sempat juga sambar satu buku. Geram nya tengok buku-buku dan kitab-kitab itu semua !

Sementara saya membelek buku/kitab, suami saya melayan pekedai Arab di bawah ini dengan sabar. Sangat mesra alam. Sampai di peluk-peluk nya suami saya. Sampai suami saya mengelak-elak. Sambil belek kitab, tergelak-gelak saya di buatnya.


Tergelak-gelak saya semasa ambil gambar ini.. tengok mereka tu :)

Bimbang bas terlepas, saya segera memuktamadkan keputusan, kitab mana yang mahu di beli dan sudah nya saya membeli 10 botol minyak wangi berharga Khamsa Riyal setiap satu. Sebelum kami melangkah keluar dari kedai tu, pekedai arab itu memanggil lagi agar gambar nya di ambil sekali lagi, berseorangan. Kami ambil juga gambar nya, sambil tergelak-gelak menaiki bas mengenangkan tingkah laku pekedai itu. Siapa nama nya ye ? Kami dah lupa.


Sampai di Malaysia, kawan-kawan tanya, 'Buat ape kau ambil gambar pak arab ni ? Nak buat menantu ?' Lantas kami ketawa lagi.
 

Terkenang akan karektor dan ketrampilan Nabi Muhammad s.a.w 'Al-Amin'. Bagaimanakah agaknya Rasulallah berniaga ketika membawa barang dagangan hartawan Khadijah binti Khuwaileed r.a ?

Tingkah laku dan peribadi Rasulallah yang amat berbudi pekerti itu bukan sahaja menyebabkan barang dagangan nya laris, malah memikat hati Khadijah r.a Ummul-Mukminin untuk menjadikan baginda suami nya, menerusi perantaraan Nafeesa. Mungkin ini yang cuba di terapkan dalam etika ketika berniaga oleh mereka di sana.

Ummul Mukminin yang kami sayangi tenang bersemadi di kawasan perkuburan Ma'la. Kepada nya kasih Rasulallah tiada tara nya, sehinggakan Saidatina Aishah r.a berasa sangat cemburu pada nya kerana sering di sebut dan di ingati meskipun jasad nya sudah lama bersemadi ketika itu.

Sesungguh nya berniaga itu sunnah Nabi !

Selawat dan salam ke atas junjungan mulia, Nabi Muhammad s.a.w.

Sesungguhnya ketenangan dan kedamaian di sini, amat kami rindui.

Thursday, June 21, 2012

Umrah Badal di Hudaibiyah

Pejam celik, pejam celik, tinggal tak berapa hari saja lagi di Lembah Bakkah ini. Perjalanan di teruskan.

Cerita seterusnya, perjalanan Umrah ke 4 yang kami lalui. Sambil berziarah di Muzium Masjid Nabawi dan Masjidil Haram, yang mana di dalam nya terdapat bahan asal yang telah di gunakan di Masjid Nabawi contoh; mimbar nabi dan Masjidil Haram contoh; kiswah dan pintu asal yang telah di gantikan.

Namun, kami berdua telah seiya-sekata. Umrah kali ini adalah umrah badal. Suami saya melakukan umrah badal buat ayahanda nya yang tercinta dan saya sendiri buat adinda saya yang di kasihi.

Miqat kali ini adalah di Hudaibiyah. Sebut saja Hudaibiyah, semua pasti teringat akan Peristiwa Perjanjian Hudaibiyah kan ?

Istimewa nya umrah Andalusia ini kerana di dalam pakej kami adalah termasuk 4 sesi umrah di Miqat yang berbeza.

Umrah pertama (Wajib) buat kami, bermula di Bir Ali. Nabi Muhammad s.a.w juga bermiqat di sini.

Umrah ke dua, bermiqat di Tana'im (Masjid Saidatina Aishah). Kenapa di sini ? Saidatina Aishah pernah bermiqat di sini.

Umrah ke Tiga di Ja'aranah. Di sini kebanyakan nabi yang lain juga pernah bermiqat disini.

Ke empat di Hudaibiyah.

Banyak kesan tinggalan sejarah yang masih utuh di sini. Namun agak terkilan, kerana kesan-kesan sejarah ini agak kurang terjaga, seperti di anak-tiri kan. Tidak tahu kenapa, wallahuaklam.

Kami telah siap-siap berpakaian ihram dari hotel kerana telah di maklum sedari awal oleh mutawwif kami, Ustaz Husin tentang kekurangan fasiliti di Hudaibiyah.

Keluar sahaja dari muzium, masa nak naik bas, boleh lah suami saya ni posing-posing lagi di driver seat tu..Alahai, hehehe.. :)
Tengok lah encik suami saya ni, main-main pulak dia.. :)
Bermula di miqat, langkah di atur kemas. Kami serius kembali menyudahkan umrah badal kami. Alhamdulillah, sempurna umrah badal ini kira-kira 15 minit sebelum masuk waktu Zuhur.

Semoga umrah badal buat ayahanda dan adinda kami ini di terima. Damai lah ayahanda dan adinda kami di alam SANA. Semoga roh ayahanda mertua ku dan adinda ku di rahmati Allah s.w.t. Al-Fatihah.

Monday, June 18, 2012

Hari Ke-3 di Madinah ; Sekitar Ziarah Luar



Gambar Pertama di ambil bersama suami tersayang ketika di Madinah, di hadapan Hotel Durrat Al-Fayroz.

Ketika ini menanti bas yang di sediakan oleh Andalusia Travel and Tours bersama mutawwif bas 4, Ustaz Hussin.

Kenapa aku menulis di Blog ini perihal perjalanan ini ?

Jawapan nya kerana aku RINDU.

Dan jawapan kedua; kerana aku mahu kalian juga merasai Lambaian Kaabah, berasa tenang nya di dalam dakapan Madinah. Merasai betapa indahnya sewaktu menjadi Tetamu Allah lantas agar kalian juga jadi RINDU, sebagaimana aku di buru RINDU untuk kembali ke sana !

Moga InshaAllah, kita semua di undang lagi sebagai tetamu Ilahi.

Mudah-mudahan, Ameen !




Mak Yam (Pesara guru), saya dan Kak Wan (GPK 1 yang tegas). Kenangan terindah bersama. Ukuhuwah di Madinah.


Cikgu Shoufei, Cikgu Aiman dan suami saya. Kemana juga senantiasa bersama.

Ini lah Masjid Quba'. Keistimewaan masjid ini adalah, merupakan masjid yang pertaman di bina oleh Rasulallah bersama sahabat-sahabatnya ketika baru tiba di Madinah pada awal Hijrah. Dikenali sebagai masjid ke-4 termashyur, selepas Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan Masjidil Aqsa.

Umrah masa cuti sekolah ini, di kelilingi para pendidik, guru ataupun murabbi yang kebanyakan nya berasal dari Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Macamana ? Dah mula rasa kan kehangatan kerinduan Madinah ?


Sunday, June 17, 2012

Kedamaian Madinah

(Suami saya dan rakan nya berlatar belakang kan Masjid Nabawi)

"TEMPAT YANG ADA DI ANTARA RUMAHKU DAN MIMBARKU ADALAH SATU TAMAN DARI TAMAN-TAMAN SYURGA"

Tenang nya Madinah. Hari-hari berlalu dengan pantas di sini. Sibuk dan hiruk pikuk trafik di mana-mana. Semua mengejar masa. Semua mengejar peluang yang di beri untuk memohon keampunan dari ilahi.

Namun, ketenangan di sini adalah luar biasa. Amat tenang sekali. Sukar di gambarkan oleh perkataan. Barangkali semua yang pernah berada di sini, merasai perasaan yang sama.

Tiada had masa untuk golongan Ar-Rijal beribadat di Raudhah. Namun ketetapan buat golongan An-Nisa terbatas. Lantas masa yang ada di gunakan sebaik yang mungkin untuk bertamu di taman syurga itu.

Pertama kali nya berziarah di Raudhah buat aku dan suami.

Seketika berhimpun bersama Ustazah Hamidah, pemimpin kami untuk masuk ke Raudah. Tazkirah pendek di luar Perkarangan Masjid Nabawi telah menyentuh sanubari.

Pagi yang hening. Suasana yang tenang. Sekawan merpati sedang asyik mematuk bijian yang di tabur kan. Sungguh tenang. Namun kami telah hadir dengan sedu-sedan.

Usai Tahyatil Masjid, kami beriktikaf sementara menunggu giliran untuk masuk ke Raudhah.

Terbayang di fikiran; di sini rumah Banginda. Pasti nya Baginda juga pernah lalu lalang di tempat sekarang aku sedang berteleku. Begitu juga dengan semua para ahli syurga yang lain, Saidatina Aishah, Saidatina Fatimah dan semoga aku mendapat berkat dari keunggulan peribadi mereka, juga bermohon syafaat dari mu Wahai Rasulallah !

Titis demi titis air mata jatuh jua. Dan lebih deras air mata ini bila berada di Raudhah !

Friday, June 15, 2012

Safar Ke Makkah Al-Mukarramah



"PADA KAABAH ITU ADA 120 RAHMAT KEPADA PENGUNJUNGNYA PADA SETIAP HARI, IAITU 60 UNTUK TAWAF, 40 UNTUK SOLAT SUNAT DAN 20 UNTUK MELIHAT KAABAH"

Foto di atas adalah di kawasan bukit berbatu.

Begitulah keadaan nya di sepanjang perjalanan dari Madinah Al-Munawwarah ke Makkah Al-Mukarramah. Sesekali terlihat unta-unta liar di padang pasir yang luas terbentang. Dengan tenang memamah dedaun yang hampir kekuningan.

Sesekali kelihatan pusaran angin terbentuk di tengah padang pasir. Membentuk fatamorgana yang indah di pasiran. Subhanallah !

Namun hati masih di palit kerinduan pada Masjid Nabawi. Rindu yang mendalam. Rindu yang tidak berbelah bahagi.

Panas matahari menembusi kulit. 48 darjah celcius. Sesekali mendongak ke langit yang biru tanpa awan. Lantas matahari petang tidak kelihatan redup sebagaimana di Malaysia. Sukar untuk menentukan sudah ghurub kah ?

Terimbas sirah an-nabawiyyah. Di laluan ini juga lah, satu ketika dulu pernah di lalui oleh manusia agung kekasih Allah. Namun, perjalanan baginda di payungi awan melindungi terik matahari. Bagaimanakah perjalanan Baginda Rasulallah s.a.w ? Yang pasti penuh rahmat Ilahi.

Menurut mutawwif, ini adalah laluan perjalanan yang pernah di tempuhi oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Lantas berbicara di dalam hati; Wahai bukit batu dan pasir sekalian.. engkau menjadi saksi perjalanan hijrah seorang nabi akhir zaman dari Mekah ke Madinah. Beruntung lah engkau kerana pernah menatapi wajah kekasih Allah itu.

Sebagaimana perjalanan Nabi Muhammad s.a.w dahulu, kami kini menjejaki sunnah mu Ya RasulAllah.

Wadi Kudait menanti di hadapan. Di situ lah baginda pernah berhenti berehat.

Assalamualaika Ya RasulAllah ! Kami memohon syafaat mu.

Labbaikallahummalabaik ! Kaabah melambai kami di hadapan.