Friday, August 20, 2010

Catatan Seorang Isteri

Kereta masih berlegar-legar di kawasan perumahan Taman Puncak Jalil. Kali pertama memasuki kawasan perumahan ini. Mencari rumah kerabat yang tidak pernah diketahui, rupa-rupanya berada di sini.

Setelah beberapa lama mencari, akhirnya sampai ke destinasi. Perkarangan rumah agak sunyi. Tiada kelibat anak-anak kecil. Kerana ramadhan barangkali, bisik hati kecil ku.
Tambahan pula, pastinya tuan rumah sekeluarga masih berduka – lara di atas pemergian orang yang tersayang.

“Assalamualaikum” ucapan di sulami doa sebagai tanda kehadiran, kami para tetamu.

Lantas, kehadiran kami segera di sedari oleh tuan rumah. Seketika, suasana ramadhan terasa seakan syawal, biarpun air mata mula membasahi wajah tuan rumah. Seakan mengerti, untuk apa kehadiran kami di sini. Salam dihulur dan rangkulan ikhlas sesama muhrim, seakan menyatakan betapa kedukaan itu mahu dikongsikan, dizahirkan. Sesungguhnya kepiluan itu turut membadai jiwa ku. Meskipun, aku bukan bersaudara langsung dengan keluarga ini.

Suasana hening memagut resah tangkai hati ini. Ku renung wajah kakak sepupu yang baru kehilangan suami. Ada garis-garis kesedihan di wajah yang cuba di ceriakan, menyambut ketibaan kami. Sungguh tabah dia, luahan hatiku.

Perbualan yang panjang. Mengkisahkan semula saat-saat akhir pemergian suami nya yang tersayang. Hati meruntun pilu di saat kisah-kisah di perdengar kan. Titis demi titis airmatanya tumpah jua.

‘Lakonan kakak dengan abang dah habis di atas pentas dunia ni dik. Tinggal kakak saja sekarang. Abang dah selamat di sana.’

Sesungguhnya, di saat kata-kata ini dilafaskan, airmata ku turut bergenang. Hanya menunggu detik untuk menuruni pipi. Pandangan ku lempar jauh-jauh. Ke kawasan perbukitan belakang rumah. Ku tarik nafas dalam-dalam, sebolehnya tidak mahu airmata ini turut tumpah, kerana airmata ku ini, akan sekadar menambah kepiluan tuan rumah sahaja.

Kelihatan ibu mertuaku, kakak ipar, suami ku dan biras ku, masing-masing pilu. Mereka lebih kenal dan rapat berbanding aku. Pastinya mereka lebih sedih berbanding aku. Sesekali, perbualan di alihkan ke topik lain, bagi mengelakkan dibuai perasaan sedih yang melampau di ramadhan yang penuh rahmat ini.

Sampai di saat kami harus pulang. Semua sudah siap bersalam-salaman. Dan entah bagaimana, aku adalah yang terakhir untuk bersalaman dengan kakak. Yang lain telah pun keluar dan masuk ke dalam kereta. Sebagaimana yang lain, ku nyatakan harapan agar kakak terus tabah dan sabar dan berdoa semoga roh suaminya di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan mendapat syafaat kelak, inshaAllah.

Dengan tidak semena-mena, kakak merangkul kembali tubuhku. Agak lama, beserta sendunya. Seraya melepaskan tubuh ku, dia berkata;

Kakak ni sebenarnya, terkilan. Perginya abang tu , kakak tak perasan bila masanya. Kalau lah kakak tahu, mesti kakak akan terus duduk di samping dia, sepanjang malam, urut badan dia..

Aku terpana seketika. Begitu luhurnya cinta seorang isteri pada suaminya. Cintanya mengiringi suami ke liang lahat, dan tiada hentinya cinta itu dan inshaAllah, akan bertemu di syurga ilahi, amen.

Sesungguhnya Allah itu Maha Mengasihani. Ibrahnya Ramadhan kali ini, hati ku di jentik pilu. Barangkali dengan kehilangan yang di alami oleh kakak, Allah rupa-rupanya sedang menegurku. Diatas kealpaan ku. Betapa kurangnya aku bersyukur di atas segala kurniaan mu. Kurniaan nikmat kerana masih mempunyai seorang insan yang bernama suami, pada ketika ini. Syukur ku pada mu Ilahi…

Keampunan ku pohon dari mu suamiku.. dan ku panjatkan doa agar aku menjadi isteri yang mensyukuri nikmat dan terus menjadi isterimu hingga ke syurga Ilahi yang kekal abadi.

Ameen.

Sunday, July 11, 2010

De Rebung - LcAmi






ASSALAMUALAIKUM,

Mohon Laluan Iklan Untuk Isteri Saya... Kalau Rasa Teringin, Sudi-Sudikan lah Untuk Membuat Tempahan.(Isteri saya masak sendiri)

SESUAI DI JADIKAN JUADAH HARI RAYA, HANTARAN PERKAHWINAN, PERTUNANGAN, RUMAH TERBUKA, HI-TEA DAN LAIN-LAIN ACARA. (Bawa balik untuk makpak mentua…hehehe)

UNTUK TEMPAHAN SILA HUBUNGI:
SALASIAH MAHMOOD 012-4248158 atau email: ami003us@gmail.com
atau
ABD RAHIM ABD RAHMAN 019-2224566 OR rrahim70@gmail.com

Tempahan hendaklah dibuat seminggu awal dari tarikh di kehendaki.

Terdapat pelbagai perisa lagi, akan muncul dengan "listing" tidak lama lagi...

De Rebung - LcAmi
HARGA: RM60.00 (Ringgit Malaysia: Enam Puluh Sahaja)per pc
(+/-) 2.9kgs
Harga Sah Untuk Lembah Kelang Sahaja

Traditional Brew - LcAmi






ASSALAMUALAIKUM,

Mohon Laluan Iklan Untuk Isteri Saya... Kalau Rasa Teringin, Sudi-Sudikan lah Untuk Membuat Tempahan.(Isteri saya masak sendiri)

SESUAI DI JADIKAN JUADAH HARI RAYA, HANTARAN PERKAHWINAN, PERTUNANGAN, RUMAH TERBUKA, HI-TEA DAN LAIN-LAIN ACARA. (Bawa balik untuk makpak mentua…hehehe)

UNTUK TEMPAHAN SILA HUBUNGI:
SALASIAH MAHMOOD 012-4248158 atau email: ami003us@gmail.com
atau
ABD RAHIM ABD RAHMAN 019-2224566 OR rrahim70@gmail.com

Tempahan hendaklah dibuat seminggu awal dari tarikh di kehendaki.

Terdapat pelbagai perisa lagi, akan muncul dengan "listing" tidak lama lagi...

Traditional Brew - LcAmi
HARGA: RM45.00 (Ringgit Malaysia: Empat Puluh Lima Sahaja)per pc
(+/-) 1.5kgs
Harga Sah Untuk Lembah Kelang Sahaja

Pandanus Oreo - LcAmi





ASSALAMUALAIKUM,

Mohon Laluan Iklan Untuk Isteri Saya... Kalau Rasa Teringin, Sudi-Sudikan lah Untuk Membuat Tempahan.(Isteri saya masak sendiri)

SESUAI DI JADIKAN JUADAH HARI RAYA, HANTARAN PERKAHWINAN, PERTUNANGAN, RUMAH TERBUKA, HI-TEA DAN LAIN-LAIN ACARA. (Bawa balik untuk makpak mentua…hehehe)

UNTUK TEMPAHAN SILA HUBUNGI:
SALASIAH MAHMOOD 012-4248158 atau email: ami003us@gmail.com
atau
ABD RAHIM ABD RAHMAN 019-2224566 OR rrahim70@gmail.com

Tempahan hendaklah dibuat seminggu awal dari tarikh di kehendaki.

Terdapat pelbagai perisa lagi, akan muncul dengan "listing" tidak lama lagi...

HARGA: RM55.00 (Ringgit Malaysia: Lima Puluh Lima Sahaja)per pc
(+/-) 1.5kgs
Harga Sah Untuk Lembah Kelang Sahaja

Strawberi Asam Manis - LcAmi









ASSALAMUALAIKUM,

Mohon Laluan Iklan Untuk Isteri Saya... Kalau Rasa Teringin, Sudi-Sudikan lah Untuk Membuat Tempahan.(Isteri saya masak sendiri)

SESUAI DI JADIKAN JUADAH HARI RAYA, HANTARAN PERKAHWINAN, PERTUNANGAN, RUMAH TERBUKA, HI-TEA DAN LAIN-LAIN ACARA. (Bawa balik untuk makpak mentua..hehehe)

UNTUK TEMPAHAN SILA HUBUNGI:
SALASIAH MAHMOOD 012-4248158 atau email: ami003us@gmail.com
atau
ABD RAHIM ABD RAHMAN 019-2224566 OR rrahim70@gmail.com

Tempahan hendaklah dibuat seminggu awal dari tarikh di kehendaki.

Terdapat pelbagai perisa lagi, akan muncul dengan "listing" tidak lama lagi...

STRAWBERI ASAM MANIS - LcAmi
HARGA: RM55.00 (Ringgit Malaysia: Lima Puluh Lima Sahaja)per pc
(+/-) 1.5kgs
Harga Sah Untuk Lembah Kelang Sahaja

Cheezy Chocolatier - LcAmi






ASSALAMUALAIKUM,

Mohon Laluan Iklan Untuk Isteri Saya... Kalau Rasa Teringin, Sudi-Sudikan lah Untuk Membuat Tempahan.(Isteri saya masak sendiri)

SESUAI DI JADIKAN JUADAH HARI RAYA, HANTARAN PERKAHWINAN, PERTUNANGAN, RUMAH TERBUKA, HI-TEA DAN LAIN-LAIN ACARA.

UNTUK TEMPAHAN SILA HUBUNGI:
SALASIAH MAHMOOD 012-4248158 atau email: ami003us@gmail.com
atau
ABD RAHIM ABD RAHMAN 019-2224566 OR rrahim70@gmail.com

Tempahan hendaklah dibuat seminggu awal dari tarikh di kehendaki.

*Terdapat pelbagai perisa lagi, akan muncul dengan "listing" tidak lama lagi...

CHEEZY CHOCOLATIER - LcAmi
HARGA: RM70.00 (Ringgit Malaysia: Tujuh Puluh Sahaja)per pc
(+/-) 1.5kgs
Harga Sah Untuk Lembah Kelang Sahaja

Saturday, July 10, 2010

Ajar Anak Perkara Yang Betul

Alhamdulillah, masih di beri izin untuk bernafas di pagi yang nyaman ini.

Pukul 8.00 pagi.

Bayu pagi nyaman menyapa muka, di sulami pijar matahari mulai terasa . Kereta dipandu se-perlahan yang mungkin sebaik memasuki kawasan kejiranan tempat kediaman ku. Tiada sesiapa di luar.

Sepi.

Di kejauhan, kelihatan seorang anak lelaki sekitar usia 7 tahun, sedang giat men-cangkul sesuatu di atas permukaan tar jalan. Lagaknya seperti orang tua kita dahulu sewaktu menyediakan kayu api untuk memasak.

Cangkul di tangan di hayun ke atas. Cangkul yang lebih tinggi dari dirinya sendiri. 'Kayu' diatas permukaan tar di tetak sekali, dua kali, tiga kali dan kesekian kali. Berusaha dengan sungguh-sungguh.

Rasa kagum.. dan kereta semakin menghampiri nya.

Pedal brek ku tekan, untuk melihat anak itu.

Kelihatan, di atas jalan.. sebatang tebu hitam... kira-kira sepanjang 5 meter... sedang di tetak.. dah beberapa kali hayun, tapi masih tak terputus rupanya..setiap tetakan tersasar mengenai permukaan jalan.

Oh, nak makan tebu rupanya budak ni.. kesian. Dalam hati ketawa lucu.

Di zaman serba moden, anak lebih tahu untuk beli air tebu yang telah siap di jual di pasar/bazar.. dari mengetahui cara sebenar untuk makan tebu yang masih di kulit.

Akibatnya, nak makan tebu dengan cara menggunakan apa jua TOOL yang di rasa boleh untuk merealisasikan impian..

maka, cangkul pun - cangkul lah !

Namun semangat anak kecil itu, amat aku kagumi. Teringat zaman budak-budak dulu... makan tebu, main kekah je..

Maka, ajar lah anak perkara yang betul ...

Monday, July 5, 2010

For The Rest Of My Life

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I
I`ll be there for you

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together IN JANNAH
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say

I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally


I know that deep in my heart..


FOR THE REST OF MY LIFE ~ MAHER ZAIN

Wednesday, April 21, 2010

Siapa punya kasut ni ?




hmmm...agak-agak siapa yang beli ?

Saturday, April 17, 2010

Nasyid Hannah Montana !


Masing-masing melayani lamunan di dalam kereta.

Ketika itu jam 12.30 tengahari dan menuju ke majlis walimah anak Saudara Ramli Arifin di Wangsa Maju.

Radio IKIM menjadi pilihan sekeluarga. Namun sejak radio IKIM bertukar YDP, banyak lagu-lagu yang agak pelik mendapat tempat di saluran ini. Mungkin, dalam usaha untuk menarik pendengar muda, walau pun terkadang ku kira itu adalah tidak perlu.

Aku dan isteri sesekali tersenyum mendengar celoteh DJ... bila mana, anak sulung ku bersuara...

"abang, abang dengar nasyid ni.. tapi macam lagu rock kan ?" sambil tertawa kecil...

"hehehe.. ye lah," jawab si adik...

"sesekali tu muzik dia macam muzik Hannah Montana kan ?" kedua beradik tertawa... tanda geli hati..

Bila mana bait-bait lirik mengalunkan kalimah agung "Allah hu Akbar" bersulam melodi ala hannah montana... sang anak jadi keliru...

Lantas aku dan isteri saling berpandangan... sambil tersenyum kelat.

Dalam usaha untuk aku dan isteri mendidik cahaya mata kami. Berusaha dengan seupaya yang mungkin untuk mengelakkan anasir perosak pemikiran masuk ke dalam kotak fikiran anak-anak ku... namun ia lepas jua...

Sesungguhnya, anak-anak itu ujian bagi kamu...

Ya Allah... Terangkan Hati Ku, Mudahkan Urusan Ku, Buka-Kan Simpulan Lidah Ku, Fasih kan Tutur Ku.....

Dalam Mendidik Anak-Anak ku...Ameen.

Ketika Darul Khusus vs Darul Aman


Salam ...

Walaupun... HoBin Jang HoBin dah lama menang... belum terlewat kiranya untuk di nukilkan ...

Tak pernah dalam keluarga ini menonton live bola sepak bersama-sama... penangan TV di tingkat atas rumah rosak.. jadi semuanya berhimpun di tingkat bawah... menonton, walaupun terpaksa dalam rela...hhmm.. ada hikmahnya juga TV rosak ni...

Ketika selepas sepuluh minit perlawanan bermula, ketika masing-masing sibuk menyokong pasukan masing-masing.. tiba-tiba anak lelaki ku yang berusia lapan tahun bersuara...

"abang suka rooney... abang suka owen... yang mana satu rooney ?"

Masing-masing tergelak sampai tergolek... rupa-rupanya, ketika kedah vs negeri sembilan... anakku telah TERBANG jauh... bersama ROONEY dan OWEN nya...

Alahai....

Sunday, March 14, 2010

Salam Perkenalan

Assalamualaikumwarahmatullah.

Salam perkenalan kepada sahabat-sahabat yang sudi menjenguk blog saya ni.....

Masih memikirkan apa tajuk yang sesuai.

Kalau sahabat-sahabat ada cadangan bagus gak.....