Wednesday, April 21, 2010

Siapa punya kasut ni ?




hmmm...agak-agak siapa yang beli ?

Saturday, April 17, 2010

Nasyid Hannah Montana !


Masing-masing melayani lamunan di dalam kereta.

Ketika itu jam 12.30 tengahari dan menuju ke majlis walimah anak Saudara Ramli Arifin di Wangsa Maju.

Radio IKIM menjadi pilihan sekeluarga. Namun sejak radio IKIM bertukar YDP, banyak lagu-lagu yang agak pelik mendapat tempat di saluran ini. Mungkin, dalam usaha untuk menarik pendengar muda, walau pun terkadang ku kira itu adalah tidak perlu.

Aku dan isteri sesekali tersenyum mendengar celoteh DJ... bila mana, anak sulung ku bersuara...

"abang, abang dengar nasyid ni.. tapi macam lagu rock kan ?" sambil tertawa kecil...

"hehehe.. ye lah," jawab si adik...

"sesekali tu muzik dia macam muzik Hannah Montana kan ?" kedua beradik tertawa... tanda geli hati..

Bila mana bait-bait lirik mengalunkan kalimah agung "Allah hu Akbar" bersulam melodi ala hannah montana... sang anak jadi keliru...

Lantas aku dan isteri saling berpandangan... sambil tersenyum kelat.

Dalam usaha untuk aku dan isteri mendidik cahaya mata kami. Berusaha dengan seupaya yang mungkin untuk mengelakkan anasir perosak pemikiran masuk ke dalam kotak fikiran anak-anak ku... namun ia lepas jua...

Sesungguhnya, anak-anak itu ujian bagi kamu...

Ya Allah... Terangkan Hati Ku, Mudahkan Urusan Ku, Buka-Kan Simpulan Lidah Ku, Fasih kan Tutur Ku.....

Dalam Mendidik Anak-Anak ku...Ameen.

Ketika Darul Khusus vs Darul Aman


Salam ...

Walaupun... HoBin Jang HoBin dah lama menang... belum terlewat kiranya untuk di nukilkan ...

Tak pernah dalam keluarga ini menonton live bola sepak bersama-sama... penangan TV di tingkat atas rumah rosak.. jadi semuanya berhimpun di tingkat bawah... menonton, walaupun terpaksa dalam rela...hhmm.. ada hikmahnya juga TV rosak ni...

Ketika selepas sepuluh minit perlawanan bermula, ketika masing-masing sibuk menyokong pasukan masing-masing.. tiba-tiba anak lelaki ku yang berusia lapan tahun bersuara...

"abang suka rooney... abang suka owen... yang mana satu rooney ?"

Masing-masing tergelak sampai tergolek... rupa-rupanya, ketika kedah vs negeri sembilan... anakku telah TERBANG jauh... bersama ROONEY dan OWEN nya...

Alahai....