Monday, July 2, 2012

Jabal Rahmah, Bukit Kasih Sayang


Ini Jabal (Bukit) Rahmah (Kasih-Sayang). Gambar agak rendah kualiti, kerana kami bukanlah fotografer profesional, amatur pun tak layak. Boleh la, buat koleksi peribadi sahaja. 


"Para tetamu Allah yang di kasihi sekalian. Sekarang kita telah berada di Jabal Rahmah. Bukit Kasih Sayang. Kenapa di nama kan Bukit Kasih Sayang ? Kerana mengimbas kembali sejarahnya, di atas bukit ini, di tengah-tengah Padang Arafah ini lah tempat pertemuan semula Nabi Adam as dan isterinya Siti Hawa yang telah terpisah selama 40 tahun setelah Allah mengeluarkan mereka dari syurga. Di katakan Nabi Adam dahulu nya di turunkan di India, manakala Siti Hawa di Jeddah. Ini juga sejarah asal-usul nama Jeddah."

Yang mana masih bujang belum berpunya, berdoalah untuk mendapat jodoh yang baik di sini. Mudah-mudahan di maqbulkan. Tetapi, ingat semua ya, tiada unjuran untuk melakukan solat di atas Jabal Rahmah ini. Juga elak kan dari melakukan perkara-perkara yang berunsurkan khurafat di sini. 

Jemaah sekalian di beri tempoh masa 30 minit di sini, dan sila segera kembali ke bas ini setelah selesai ziarah " panjang lebar penjelasan Ustaz Husin, mutawwif bas 4 - Andalusia Travel and Tours Sdn Bhd.

Jabal Rahmah nampak tinggi, sempat kah naik dalam masa 30 minit ?

Nampak ramai di bawah sahaja. Ada beberapa orang sedang mendaki batu pejal untuk sampai ke puncak.

Saya dan suami mula mendaki batuan. Memang mencabar, kerana saya tidak mengenakan hiking shoe. Mujur suami memakai hiking shoe, dengan izin nya, di permudahkan pendakian kami. Alhamdulillah.

Setelah 10  minit mendaki, kami hampir tiba di puncak Jabal Rahmah, bila mana baru kami dapati, di sebalik bukit, terdapat anak tangga yang telah di bina bagi memudahkan pendakian. 168 anak tagga semua nya.


Separuh perjalanan baru kami sedar kewujudan tangga ini. Ketawa kecil kami berdua. Tapi, kami telah sampai di puncak. Kawan-kawan yang lain masih di kaki bukit, mendaki.


Selain dari kisah Nabi Adam dan isterinya Siti Hawa, yang mana kita harus mengambil berat tentang tipu daya syaitan ke atas manusia, terdapat juga peristiwa lain yang juga amat penting.

Di Jabal Rahmah ini juga lah, Nabi Ibrahim, menerima perintah untuk menyembelih anak nya Nabi Ismail apabila beliau bermimpi tiga malam berturut turut agar melaksanakan perintah Allah ini.

Dan di atas Jabal Rahmah ini jugalah, Khutbah Wada' (Khutbah Terakhir) mengambil tempat, di mana di katakan RasulAllah telah menyampaikan amanat terakhirnya kepada umat islam sambil duduk di atas pelana untanya. Adalah sangat penting bagi kita mengetahui dan memahami isi kandungan Khutbaj Wada' itu. Khutbah yang sepatutnya kita ambil hari ini, esok, lusa dan selamanya sebagai panduan umat akhir zaman ini. Syumul dan sarwajagat nya Islam itu !

Wahyu Terakhir Rasulallah saw, nenerusi Surah Al-Ma'idah Ayat 3
yang bermaksud;
" Pada hari ini, orang-orang kafir telah berputus asa untuk mengatasi agama kamu. Oleh itu jangan lah kamu takur pada mereka dan takutlah kepada  Aku."
"Pada hari ini, aku telah sempurnakan untuk kamu agama kamu dan Aku telah sempurnakan penganugerahan nikmatku kepada kamu dan aku telah redhai Islam sebagai agama untuk kamu"

Sekali imbas, terlihat ayat dari ini, menyatakan kemenangan Islam, setelah lama berjuang. Namun, lain pula firasatnya sahabat nabi, Saidina Umar ra. Beliau melihat dengan matahati yang tajam dan merasakan bahawa tempoh hayat RasulAllah akan berakhir tidak lama lagi. Ini kerana Baginda telah menyempurnakan amanah nya dan menyampaikan risalah nya dan tiada lagi tugas lain melainkan menemui Yang Maha Pencipta.

Apabila mengenangkan beliau akan berpisah dengan RasulAllah, para sahabat terutamanya Saidina Umar ra telah menangis dan benar-benar merasai bahawa hari perpisahan mereka semakin hampir.

Maka, sesuai lah bukit ini di gelar Jabal Rahmah. Semuanya penuh dengan kasih sayang itu.